Monday, August 4, 2008

Menjaga - Meringankan Solah ?


Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dlm hadith,sesiapa yg menjaga solahnnya maka Allah swt akan mengurniakan lima keistimewaan.

Pertama ; akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
Kedua ; akan dihindarkan dari azab kubur.
Ketiga ; akan menerima buku catatan amalannya melalui tangan kanan.
Keempat ; akan melintasi titian sirat sepantas kilat.
Kelima ; akan memasuki syurga tanpa hisab.




Sesiapa yg meringankan solah,maka Allah swt akan menyeksanya dengan lima belas seksaan ! Lima seksaan di dunia,tiga seksaan ketika meninggal dunia,tiga seksaan di dlm kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Seksaan semasa di dunia ;
1.dicabut keberkatan umurnya.
2.dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3.Allah swt tidak mengganjari setiap amalan yg dilakukan olehnya.
4.Doanya tidak akan diterima.
5.Tidak akan mendapat bahagian dlm doa orang2 yg soleh.

Seksaan ketika mati ;
1.mati dlm keadaan hina.
2.mati dlm keadaan lapar.
3.mati dlm keadaan dahaga sehingga jika dia diberikan minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat mengilangkan hausnya.

Seksa di dalam kubur ;
1.kubur akan menghimpitnya sehingga tulang2 rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2.api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3.seekor ular yg besar bernama Ashsyuja'ul Aqra' akan dilepaskan ke atasnya.Kedua2 mata ular itu dibuat dariapada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi.Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir,"Aku Ashsyuja'ul Aqra'.Aku diperintahkan oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana meninggalkan solah subuh hinggan naik matahari,solah zohor hingga asar,asar hingga maghrib,maghrib hingga isyak,isyak hingga subuh.Setiap kali ular itu memukulnya,dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh tujuh puluh hasta!Dia kan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat.

Seksa ketika dibangkitkan dari kubur ;
1.penghisabannya amat berat.
2.dimurkai Allah swt.
3.akan dimasukkan ke dlm neraka.




* Dalam satu riwayat yg lain disebutkan bahawa mereka yg melalikan solah,pada hari kiamat akan datang dlm keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan.

Pertama,wahai orang yg mensia-siakan hak Allah swt
Kedua,wahai orang yg pasti mendapat kemurkaan Allah swt
Ketiga,sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah swt,kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah swt.







Moga dpt diambil iktibar,amal dan sampaikan.Insyallah ~

Wednesday, July 2, 2008

Rahsia khusyu' dalam solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-


1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki.



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.


wallahua'lam.
moga dpt ambil iktibar . amal . dan sampaikan .
insyallah ~

sumber ; www.iluvislam.com

Sunday, June 29, 2008

Kemungkaran ?

Bila terlihat kemungkaran didepan mata kita.
Apa yg patot kita lakukan?Mungkin ini boleh membantu ;

1) Cuba baiki keadaan.Tegur mereka dgn berhikmah.Itu lebih baik dari hanya pandai bercakap di belakang tapi tiada tindakan yg diambil.

2) Berdoa supaya kita terpelihara dari situasi tersebut.Elakkan drpd mengeji mereka habis-habisan kerana kita sendiri tidak boleh bg jaminan 100% yg kita pasti tak akan tergolong dlm golongan seperti mereka.( nauzubillahi min zalik )

3) Benci pada maksiat,bukan benci pd mereka yg melakukan maksiat.

4) jika tak mampu utk membetulkan dgn kata2 dan perbuatan, berdoalah supaya mereka berubah.( selemah2 iman )

5) Elakkan drpd menuduh atau membuat assumption secara pukul rata atau 'generalize' tentang mereka, latar belakang mereka, keluarga mereka dan pendidikan mereka.Kerana kita sebenarnya tidak tahu apa2 tentang mereka/masalah atau persekitaran mereka. hanya Allah yg tahu.

6) Tugas manusia adalah utk berdakwah dan membimbing ke arah yg lebih baik,bukan menilai atau judge seseorang individu itu.

7) Jangan fikir kita lebeh baek dri mereka, tpi muhasabahlah diri, kalau2 kita mungkin lebih terok dri mereka dlm aspek2 yg lain.


wallahua'lam.

Ku ingin tahu


Jika Nabi Muhammad SAW menziarahi anda untuk sehari atau dua,
Jika baginda datang tanpa diduga,
Saya ingin tahu apakah anda akan lakukan,

Oh,sebuah bilik paling selesa untuk tetamu mulia,
Dan segala makanan yang terbaik,
Anda cuba meyakinkan Baginda,
Kehadirannya meyakinkan anda,
iaitu melayan Baginda dirumah anda sendiri
adalah kepuasan yg tiada tandingan.



Tapi apabila anda melihat Baginda sampai,
adakah anda akan terus menyambutnya dimuka pintu??


Dengan tangan terbuka mengalukan kedatangannya??


Atau anda perlu menukar pakaian sebelum menjemput baginda masuk??


Atau menyimpan sebahagian majalah dan diganti ngan Al-Quran??


Atau adakah anda masih menonton TV??


Atau anda segera menutupnya sebelum Baginda melihatnya??


Atau menutup radio dan berharap Baginda tidak mendengarnya??




Adakah anda menyembunyikan dunia muzik anda dan diganti dgn buku hadis??


Bolehkan anda terus menjemput Baginda masuk,atau tergesa2 utk sesuatu??


Dan saya ingin tahu..Jika Nabi bermalam sehari dua dengan anda,


adakah anda lakukan perkara yg biasa anda lakukan??


Adakah anda perkatakan perkara yg biasa anda perkatakan??


Adakah kehidupan anda berterusan seperti hari ke sehari??




Dan adakah anda bangun awal pagi dan bersmbhyang suboh berjemaah??


Dan adakah anda nyanyikan lagu yg biasa anda nyanyikan??


Dan baca buku yg biasa anda bacakan??


Dan membiarkan Baginda tahu perkara tersebut menjadi mkanan dan resam anda??


Adakah anda membawa Nabi bersama kemana yg anda rancang utk pergi??


Atau....mengubah rancangan sehari dua??




Adakah anda gembira Bginda bertemu teman karib anda??


Atau anda berharap mereka menjauhkan diri sehingga ziarah Baginda selesai??


Dan bagaimana jika baginda dtg menetap utk slame-lamenye??


Atau anda melepaskan rasa lega apabila baginda pergi??




* Adalah menarik jika anda mengetahui apa yang akan anda lakukan jika Baginda sendiri dtg utk bersama anda.....Semoga kita dpt renungkan sedalam2nya dr "self question" ni..dan mengambil iktibar darinya..semoga ia memberi manfaat kpd kita seluruhnya..insya Allah..

Wassalam ~

Thursday, May 22, 2008

Wanita






Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan.


Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur.

Rasulullah telah
mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila memandang.



Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan.

Namun ramai wanita yang suka
mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia
menjadi penghuni neraka.

Hanya wanita yang memahami hakikat
kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya
ke jalan yang diredhai Allah.


Monday, May 12, 2008

khas buat si gadis yg meningkat remaja ~

Buat Si Gadis Yang Meningkat Remaja

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini - Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa : apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.

-Wallahu A'lam-

(cerita diatas diambil dr iluvislam untuk dijadikan pengajaran buat wanita2 diluar sana...begitu juga dengan diriku yang masih belum sempurna untuk menjadi wanita solehah)

dn cerita ini juga dirembat,huhu,diambil drpd blog (http://www.imtiazhariah.blogspot.com/)..

so,moga kita dpt ambil iktibar,amal dan sampaikan,

InsyAllah ~

Muslimah dan gambar ?

Muslimah dan gambar.. Friday, Dec 28 2007
Artikel/Cerpen and Peringatan.. FaisaL 12:35 pm

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Salam.



Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.

Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.



Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.



Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.

Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.



Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.



Wallahu A’lam.



moga kita dapat ambil iktibar,amal yg mana patut,dan sampaikan kpd siapa yg tak tahu,insyallah,

Assalamualaikumwarahmatullah ~