Friday, October 23, 2009

Moga Berjaya :)

salam semua .

Di kesempatan ini saya hendak mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kpd semua rakan2, sahabat2. Tak kira la masih di bangku persekolahan mahupun sudah menjejakkan kaki di IPT. Khasnya kpd rakan2 di samttaj, seafield dan yang mengenali diri, semoga berjaya dlm SPM kalian, :) . juga kpd rakan2 lain. Maa taufiq wa najah ! :D Semoga calon2 spm mendapat A+ yaa .. sekian,









jgn lupa doakan sy :)

salam warahmatullah.
salam exam :)

Friday, October 16, 2009

Tembok lagi ?

Penduduk halang tentera Zionis bina tembok penghadang.


Jumaat, 16/10/2009 – Pada tengah malam semalam (Isnin 12/10), satu pasukan tentera Zionis menyerbu ke pintu masuk perkampungan al-sawiyyah di bandar al-Quds. Pasukan tentera ini diiringi oleh treler yang membawa bongkah-bongkah simen dengan ketinggian 4 meter, bertujuan untuk menutup jalan utama yang menyambung kampung al-sawiyyah dengan kampung-kampung Arab lain sehingga bandar lama al-Quds. Mengetahui keadaan tersebut, sekumpulan anak-anak muda segera menyerang tentera Zionis tersebut serta menyerbu treler, menurunkan pemandunya dan merampas kuncinya. Setelah pihak tentera Zionis tidak lagi berjaya mengawal keadaan, mereka mengadakan rundingan dengan ketua kampung dan akhirnya persetujuan dicapai agar kunci treler dikembalikan dengan syarat mereka berundur dari kampung tersebut.
Pegawai tentera yang mengiringi treler tersebut memberikan alasan bahawa tujuan mereka mendirikan dinding penghadang adalah kerana bimbangkan keselamatan penduduk kampung daripada serangan Yahudi yang tinggal mengelilingi kampung tersebut, terutamanya Yahudi yang merampas Bukit Perancis. Kampung itu juga bersebelahan dengan Hospital Hadasa, hospital terbesar bandar al-Quds, di samping bersebelahan juga dengan Universiti Hebrew dan sebuah pusat pemerhatian, kajian cuaca dan sistem amaran awal.



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

 

Tuesday, October 13, 2009

akhirnyaa :)

rasa seperti nak kecoh bagi semua orang tahu..
wee, kenapa ya ?

tadi pergi ke mph di subang parade, teka apa yg dijumpa ?
yaa, tepat ! Palestin takkan gentar. hee. buku yang dah lama didamba akhirnya berada di tangan. Alhamdulillah.

Sekarang proses nk mentelaah buku ni pulak. hee, nnt insyaAllah ada pape info menarik akan dikongsi bersama :) lagi satu, saya alu-alukan beli buku ini, hanya RM20.00 .







Sekian, doakan sy SPM ya...
*doa seorang sahabat tanpa pengetahuan sahabatnya adalah antara doa yang dimakbulkan :)




salam warahmatullah

Monday, October 12, 2009

Dunia yang kritikal ?

Ketika sedang asyik menyelak-nyelak sebuah majalah, terjumpa beberapa potong artikel yang terasa menarik. Sesuai dengan suruhan nabi saw utk menyebarkan kebaikan, disini saya mahu share beberapa informasi yang saya dpt dari artikel tersebut ;


Menurut Imam al-Ghazali, cara mati akan menentukan bagaimana cara kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Jika seseorang mati dlm keadaan baik - husnul khatimah ( membawa iman ),maka dia akan dibangkitkan di padang mahsyar dlm keadaan yang baik juga. Dan begitulah sebaliknya, kalau matinya dalam keadaan buruk ( su'ul khatimah ),maka buruklah nasibnya di padang mahsyar kelak.

Telah dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w betapa ada antara hamba Allah yang soleh mendapat naungan 'Arasy ketika ramai yang berada dlm keadaan panas dan menderita. Semua manusia akan dibangkitkan mengikut "perangainya" di dunia.

Seterusnya, bagaimana keadaan seseorang di padang mahsyar itulah yang akan menentukan nasibnya sama ada ke syurga atau neraka. Di padang mahsyar itulah, manusia akan dibicarakan di mahkamah Allah - Kadi Rabbul Jalil. Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun akan diberi balasan. Di sinilah berlakunya kira bicara, timbang duga dan penerimaan keputusan sama ada buku catatan amal diterima dengan tangan kanan ( baik ) atau kiri ( buruk ) .



Jadi konklusi atau sifir mudahnya begini :
* Cara hidup menentukan cara mati, cara mati menentukan cara dibangkitkan di padang mahsyar , cara dibangkitkan di padang mahsyar akan menentukan samada ke syurga atau neraka.





Semoga kehidupan kita di dunia ini dapat kita manfaatkan dengan amal- amal kebaikan supaya kelak beroleh manfaat yang tiada tolok banding .
semoga kita mendapat iktibar dari petikan artikel ini. insyaAllah.




salam warahmatullah.

petikan dari majalah SOLUSI terbitan telaga biru .

Sunday, October 11, 2009

Palestin tak pernah gentar !

belek sini belek sana, terjumpa satu ruang yang memerangkap mata..
"Palestin" ! satu isu yg pasti lagi wajib menjadi tatapan diri..


sebuah buku terbitan Telaga Biru yg berjudul ; "Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya" . wah, takleh lepas ni ! bisik hati. Ruang iklan di muka surat pertama majalah SOLUSI terbitan telaga biru yang mengiklankan fasal buku Palestin ini terasa seperti perlu dibeli secepat mungkin .






majalah solusi terbitan telaga biru




inilah buku yg berjaya menambat hati



Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Semoga ia dapat membawa iktibar dan pengajaran kpd kita semua insyaAllah :)


salam warahmatullah.



Saturday, October 10, 2009

sudah lama saya menghilang ?

subhanallah walhamdulillah..
akhirnya, dpt juga online..setelah berpenat lelah turun naik tangga di summit (shopping kompleks) menghantar dan mengambil cpu yg dah uzur ni..
mula mula masalahnya hanya pada network card, tp... bila sampai kedai tu, cina tu ckp " thats not the problem". haih. abestu?
actually takde masalah pon kat network card, cuma ada siket masalah je kat setting kat komp.
adoi.. penat je turun naik summit. huhu..


hmm.. alhamdulillah dpt online balik.
insyallah akan mulakan balek menulis blog.
walaupon spm dah dekat. hee. doakan ye.
okelah.


salam warahmatullah sume :)