Friday, October 16, 2009

Tembok lagi ?

Penduduk halang tentera Zionis bina tembok penghadang.


Jumaat, 16/10/2009 – Pada tengah malam semalam (Isnin 12/10), satu pasukan tentera Zionis menyerbu ke pintu masuk perkampungan al-sawiyyah di bandar al-Quds. Pasukan tentera ini diiringi oleh treler yang membawa bongkah-bongkah simen dengan ketinggian 4 meter, bertujuan untuk menutup jalan utama yang menyambung kampung al-sawiyyah dengan kampung-kampung Arab lain sehingga bandar lama al-Quds. Mengetahui keadaan tersebut, sekumpulan anak-anak muda segera menyerang tentera Zionis tersebut serta menyerbu treler, menurunkan pemandunya dan merampas kuncinya. Setelah pihak tentera Zionis tidak lagi berjaya mengawal keadaan, mereka mengadakan rundingan dengan ketua kampung dan akhirnya persetujuan dicapai agar kunci treler dikembalikan dengan syarat mereka berundur dari kampung tersebut.
Pegawai tentera yang mengiringi treler tersebut memberikan alasan bahawa tujuan mereka mendirikan dinding penghadang adalah kerana bimbangkan keselamatan penduduk kampung daripada serangan Yahudi yang tinggal mengelilingi kampung tersebut, terutamanya Yahudi yang merampas Bukit Perancis. Kampung itu juga bersebelahan dengan Hospital Hadasa, hospital terbesar bandar al-Quds, di samping bersebelahan juga dengan Universiti Hebrew dan sebuah pusat pemerhatian, kajian cuaca dan sistem amaran awal.



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

 

Tuesday, October 13, 2009

akhirnyaa :)

rasa seperti nak kecoh bagi semua orang tahu..
wee, kenapa ya ?

tadi pergi ke mph di subang parade, teka apa yg dijumpa ?
yaa, tepat ! Palestin takkan gentar. hee. buku yang dah lama didamba akhirnya berada di tangan. Alhamdulillah.

Sekarang proses nk mentelaah buku ni pulak. hee, nnt insyaAllah ada pape info menarik akan dikongsi bersama :) lagi satu, saya alu-alukan beli buku ini, hanya RM20.00 .







Sekian, doakan sy SPM ya...
*doa seorang sahabat tanpa pengetahuan sahabatnya adalah antara doa yang dimakbulkan :)




salam warahmatullah

Monday, October 12, 2009

Dunia yang kritikal ?

Ketika sedang asyik menyelak-nyelak sebuah majalah, terjumpa beberapa potong artikel yang terasa menarik. Sesuai dengan suruhan nabi saw utk menyebarkan kebaikan, disini saya mahu share beberapa informasi yang saya dpt dari artikel tersebut ;


Menurut Imam al-Ghazali, cara mati akan menentukan bagaimana cara kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Jika seseorang mati dlm keadaan baik - husnul khatimah ( membawa iman ),maka dia akan dibangkitkan di padang mahsyar dlm keadaan yang baik juga. Dan begitulah sebaliknya, kalau matinya dalam keadaan buruk ( su'ul khatimah ),maka buruklah nasibnya di padang mahsyar kelak.

Telah dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w betapa ada antara hamba Allah yang soleh mendapat naungan 'Arasy ketika ramai yang berada dlm keadaan panas dan menderita. Semua manusia akan dibangkitkan mengikut "perangainya" di dunia.

Seterusnya, bagaimana keadaan seseorang di padang mahsyar itulah yang akan menentukan nasibnya sama ada ke syurga atau neraka. Di padang mahsyar itulah, manusia akan dibicarakan di mahkamah Allah - Kadi Rabbul Jalil. Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun akan diberi balasan. Di sinilah berlakunya kira bicara, timbang duga dan penerimaan keputusan sama ada buku catatan amal diterima dengan tangan kanan ( baik ) atau kiri ( buruk ) .



Jadi konklusi atau sifir mudahnya begini :
* Cara hidup menentukan cara mati, cara mati menentukan cara dibangkitkan di padang mahsyar , cara dibangkitkan di padang mahsyar akan menentukan samada ke syurga atau neraka.





Semoga kehidupan kita di dunia ini dapat kita manfaatkan dengan amal- amal kebaikan supaya kelak beroleh manfaat yang tiada tolok banding .
semoga kita mendapat iktibar dari petikan artikel ini. insyaAllah.




salam warahmatullah.

petikan dari majalah SOLUSI terbitan telaga biru .

Sunday, October 11, 2009

Palestin tak pernah gentar !

belek sini belek sana, terjumpa satu ruang yang memerangkap mata..
"Palestin" ! satu isu yg pasti lagi wajib menjadi tatapan diri..


sebuah buku terbitan Telaga Biru yg berjudul ; "Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya" . wah, takleh lepas ni ! bisik hati. Ruang iklan di muka surat pertama majalah SOLUSI terbitan telaga biru yang mengiklankan fasal buku Palestin ini terasa seperti perlu dibeli secepat mungkin .






majalah solusi terbitan telaga biru




inilah buku yg berjaya menambat hati



Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Semoga ia dapat membawa iktibar dan pengajaran kpd kita semua insyaAllah :)


salam warahmatullah.



Saturday, October 10, 2009

sudah lama saya menghilang ?

subhanallah walhamdulillah..
akhirnya, dpt juga online..setelah berpenat lelah turun naik tangga di summit (shopping kompleks) menghantar dan mengambil cpu yg dah uzur ni..
mula mula masalahnya hanya pada network card, tp... bila sampai kedai tu, cina tu ckp " thats not the problem". haih. abestu?
actually takde masalah pon kat network card, cuma ada siket masalah je kat setting kat komp.
adoi.. penat je turun naik summit. huhu..


hmm.. alhamdulillah dpt online balik.
insyallah akan mulakan balek menulis blog.
walaupon spm dah dekat. hee. doakan ye.
okelah.


salam warahmatullah sume :)

Tuesday, September 8, 2009

trial ku sudah tamat .

alhamdulillah . .

setelah bergelut hampir bermati-matian berjuang di medan peperiksaan, akhirnya , ujian mahupun dugaan ni habis jua. eh ? trial pon dugaan ke ? hee mestilah .

sekolah ku -
smk seafield , yg boleh dikatakan semangat dek mengoperasikan trial pada waktu yg sgt cepat ( lg cepat dr skola lain ) dr 6 ogos - 21 ogos 2009.

cepat kan ?

haha. sgt cepat.
as of samttaj, diorang tgah trial dan kebanyakkan skola2 lain pon tengah trial, hanya smk seafield yg terletak kat usj 2 subang jaya ni jelah yg dah habis awal awal. haih. apa nk buat. ada hikmah nya. hmm.


tu je kot sampai sini.
skrg ni tgh struggle utk gerak gempur lak.
masyallah. doakan!



sekian ,
salam.

Tuesday, July 21, 2009

Aku Kau dan Trial

" Aduh. Dua minggu je lagi ! " Luruh hati seorang insan kerdil yang mendambakan straight A's dalam trial yang bakal ditempuhinya. huhu. Macam mana ni Hariz! Dua minggu pastu dah trial, camne nk score ni ? sillibus tak kuasai lagi! Haih. Keluh hati penuh kerisauan.


Trial yang bakal ditempuhi ( 3 Ogos ) begitu menduga diri lagi mencabar akal dan hati menjadi tunjang kepada segala masalah yang membendung diri. " Apalah kau ni Hariz, lepak jela, ni tak henti henti blajar, trial je kot " bebelan seorang rakan yg mungkin 'bimbang' akan diri ini. huhu.


Diri ini akui, ketakutan dan keresahan menghadapi trial ada kalanya menjangkaui ketakutan menghadapi hari yang pasti ( hari Kiamat ). Nauzubillah! Apa nk jadi ni ? haih. Subhanallah. So camne eh nak hadapi situasi camni ? Situasi apabila diri student merasa agak tertekan dalam menghadapi perjalanan menguasai pelajaran. Sini ana senaraikan beberapa cara agar trial yang bakal dihadapi dapat dilalui dengan ketenangan yang menggunung tinggi. Cey :)




(1). Menurut pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah, belajar atau menuntutlah ilmu kerana ilmu itu sendiri bukanlah sekadar untuk berjaya dalam peperiksaan atau untuk mendapat kerjaya yang bagus. So, belajarlah demi kepentingan ilmu !
(2). Sentiasa ingat, yang bahawasanya ilmu yang kita ada semua milik Allah. Semuanya hanya setitik dari selautan ilmu yang dimiliki Allah. Tak banyak kan ilmu kita ? jadi , be humble dan gunalah ilmu dengan sebaiknya.
(3). Preparekan diri seawal mungkin so nanti bila exam, takdelah kelam kabut. Ada pape soalan teruslah tanya muallim2 / guru2 anda. Ingat !


Paling penting, setelah berusaha sedaya upaya. Serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa, bertawakallah kepadaNya dan jangan henti doa. Insyallah berjaya :)









Sekian buat masa ini,

wan mohd hariz ,
11.45 pm
19 julai 2009.