Monday, October 12, 2009

Dunia yang kritikal ?

Ketika sedang asyik menyelak-nyelak sebuah majalah, terjumpa beberapa potong artikel yang terasa menarik. Sesuai dengan suruhan nabi saw utk menyebarkan kebaikan, disini saya mahu share beberapa informasi yang saya dpt dari artikel tersebut ;


Menurut Imam al-Ghazali, cara mati akan menentukan bagaimana cara kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Jika seseorang mati dlm keadaan baik - husnul khatimah ( membawa iman ),maka dia akan dibangkitkan di padang mahsyar dlm keadaan yang baik juga. Dan begitulah sebaliknya, kalau matinya dalam keadaan buruk ( su'ul khatimah ),maka buruklah nasibnya di padang mahsyar kelak.

Telah dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w betapa ada antara hamba Allah yang soleh mendapat naungan 'Arasy ketika ramai yang berada dlm keadaan panas dan menderita. Semua manusia akan dibangkitkan mengikut "perangainya" di dunia.

Seterusnya, bagaimana keadaan seseorang di padang mahsyar itulah yang akan menentukan nasibnya sama ada ke syurga atau neraka. Di padang mahsyar itulah, manusia akan dibicarakan di mahkamah Allah - Kadi Rabbul Jalil. Setiap kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun akan diberi balasan. Di sinilah berlakunya kira bicara, timbang duga dan penerimaan keputusan sama ada buku catatan amal diterima dengan tangan kanan ( baik ) atau kiri ( buruk ) .



Jadi konklusi atau sifir mudahnya begini :
* Cara hidup menentukan cara mati, cara mati menentukan cara dibangkitkan di padang mahsyar , cara dibangkitkan di padang mahsyar akan menentukan samada ke syurga atau neraka.





Semoga kehidupan kita di dunia ini dapat kita manfaatkan dengan amal- amal kebaikan supaya kelak beroleh manfaat yang tiada tolok banding .
semoga kita mendapat iktibar dari petikan artikel ini. insyaAllah.




salam warahmatullah.

petikan dari majalah SOLUSI terbitan telaga biru .

Sunday, October 11, 2009

Palestin tak pernah gentar !

belek sini belek sana, terjumpa satu ruang yang memerangkap mata..
"Palestin" ! satu isu yg pasti lagi wajib menjadi tatapan diri..


sebuah buku terbitan Telaga Biru yg berjudul ; "Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya" . wah, takleh lepas ni ! bisik hati. Ruang iklan di muka surat pertama majalah SOLUSI terbitan telaga biru yang mengiklankan fasal buku Palestin ini terasa seperti perlu dibeli secepat mungkin .






majalah solusi terbitan telaga biru




inilah buku yg berjaya menambat hati



Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Semoga ia dapat membawa iktibar dan pengajaran kpd kita semua insyaAllah :)


salam warahmatullah.



Saturday, October 10, 2009

sudah lama saya menghilang ?

subhanallah walhamdulillah..
akhirnya, dpt juga online..setelah berpenat lelah turun naik tangga di summit (shopping kompleks) menghantar dan mengambil cpu yg dah uzur ni..
mula mula masalahnya hanya pada network card, tp... bila sampai kedai tu, cina tu ckp " thats not the problem". haih. abestu?
actually takde masalah pon kat network card, cuma ada siket masalah je kat setting kat komp.
adoi.. penat je turun naik summit. huhu..


hmm.. alhamdulillah dpt online balik.
insyallah akan mulakan balek menulis blog.
walaupon spm dah dekat. hee. doakan ye.
okelah.


salam warahmatullah sume :)

Tuesday, September 8, 2009

trial ku sudah tamat .

alhamdulillah . .

setelah bergelut hampir bermati-matian berjuang di medan peperiksaan, akhirnya , ujian mahupun dugaan ni habis jua. eh ? trial pon dugaan ke ? hee mestilah .

sekolah ku -
smk seafield , yg boleh dikatakan semangat dek mengoperasikan trial pada waktu yg sgt cepat ( lg cepat dr skola lain ) dr 6 ogos - 21 ogos 2009.

cepat kan ?

haha. sgt cepat.
as of samttaj, diorang tgah trial dan kebanyakkan skola2 lain pon tengah trial, hanya smk seafield yg terletak kat usj 2 subang jaya ni jelah yg dah habis awal awal. haih. apa nk buat. ada hikmah nya. hmm.


tu je kot sampai sini.
skrg ni tgh struggle utk gerak gempur lak.
masyallah. doakan!



sekian ,
salam.

Tuesday, July 21, 2009

Aku Kau dan Trial

" Aduh. Dua minggu je lagi ! " Luruh hati seorang insan kerdil yang mendambakan straight A's dalam trial yang bakal ditempuhinya. huhu. Macam mana ni Hariz! Dua minggu pastu dah trial, camne nk score ni ? sillibus tak kuasai lagi! Haih. Keluh hati penuh kerisauan.


Trial yang bakal ditempuhi ( 3 Ogos ) begitu menduga diri lagi mencabar akal dan hati menjadi tunjang kepada segala masalah yang membendung diri. " Apalah kau ni Hariz, lepak jela, ni tak henti henti blajar, trial je kot " bebelan seorang rakan yg mungkin 'bimbang' akan diri ini. huhu.


Diri ini akui, ketakutan dan keresahan menghadapi trial ada kalanya menjangkaui ketakutan menghadapi hari yang pasti ( hari Kiamat ). Nauzubillah! Apa nk jadi ni ? haih. Subhanallah. So camne eh nak hadapi situasi camni ? Situasi apabila diri student merasa agak tertekan dalam menghadapi perjalanan menguasai pelajaran. Sini ana senaraikan beberapa cara agar trial yang bakal dihadapi dapat dilalui dengan ketenangan yang menggunung tinggi. Cey :)




(1). Menurut pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah, belajar atau menuntutlah ilmu kerana ilmu itu sendiri bukanlah sekadar untuk berjaya dalam peperiksaan atau untuk mendapat kerjaya yang bagus. So, belajarlah demi kepentingan ilmu !
(2). Sentiasa ingat, yang bahawasanya ilmu yang kita ada semua milik Allah. Semuanya hanya setitik dari selautan ilmu yang dimiliki Allah. Tak banyak kan ilmu kita ? jadi , be humble dan gunalah ilmu dengan sebaiknya.
(3). Preparekan diri seawal mungkin so nanti bila exam, takdelah kelam kabut. Ada pape soalan teruslah tanya muallim2 / guru2 anda. Ingat !


Paling penting, setelah berusaha sedaya upaya. Serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa, bertawakallah kepadaNya dan jangan henti doa. Insyallah berjaya :)









Sekian buat masa ini,

wan mohd hariz ,
11.45 pm
19 julai 2009.

Sunday, March 8, 2009

sekian lama . huhu




setelah SEKIAN LAMA .


"
Salam akh,ape cite blog anta?lama ana tak usha.ade info baru ke.hehe"..perli-an seorang membe yg mengetahui bahawasanya da lama diri ni tak meng-edit blog.haha..


bukan apa. maklumlah . 17 tahun . spm lagi 7 atau 8 bulan je lagi ( x conferm ^^' ) .

so masa nk melayan internet pon semakin berkuranglah kan? apakan lagi blog ni yg dah lama tak berusik.

jadi bagi member2 kat lua uh yg asek dok nanye psl blog ni. insyallah ia akan dikemaskkini atau di-edit atau di rombak atau di_________ . haa . haha.. insyallah maybe dlm weekends ana akn bukak la blog ana ni tok customize and so on. dan paling penting utk share ngn antum2 kat luar sana dlm ilmu yg ana sedia tahu atau baru tahu.




sampai sini je kot wat masa ni.ni pon curi2 masa stadi sket.(poyo2) haha . k salam . doakan ana berjaya dlm sijil pelajaran malaysia 11A1 k ? hehe salam !


Tuesday, October 28, 2008

pohon semalu dan wanita ?


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil 4 pengajaran dari pohon semalu ini ;


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu *mempunyai perasaan malu *(pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu *tahu mempertahankan diri dan maruah *sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah *mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin*.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, *kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
*