Sunday, October 11, 2009

Palestin tak pernah gentar !

belek sini belek sana, terjumpa satu ruang yang memerangkap mata..
"Palestin" ! satu isu yg pasti lagi wajib menjadi tatapan diri..


sebuah buku terbitan Telaga Biru yg berjudul ; "Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya" . wah, takleh lepas ni ! bisik hati. Ruang iklan di muka surat pertama majalah SOLUSI terbitan telaga biru yang mengiklankan fasal buku Palestin ini terasa seperti perlu dibeli secepat mungkin .






majalah solusi terbitan telaga biru




inilah buku yg berjaya menambat hati



Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Semoga ia dapat membawa iktibar dan pengajaran kpd kita semua insyaAllah :)


salam warahmatullah.



Saturday, October 10, 2009

sudah lama saya menghilang ?

subhanallah walhamdulillah..
akhirnya, dpt juga online..setelah berpenat lelah turun naik tangga di summit (shopping kompleks) menghantar dan mengambil cpu yg dah uzur ni..
mula mula masalahnya hanya pada network card, tp... bila sampai kedai tu, cina tu ckp " thats not the problem". haih. abestu?
actually takde masalah pon kat network card, cuma ada siket masalah je kat setting kat komp.
adoi.. penat je turun naik summit. huhu..


hmm.. alhamdulillah dpt online balik.
insyallah akan mulakan balek menulis blog.
walaupon spm dah dekat. hee. doakan ye.
okelah.


salam warahmatullah sume :)

Tuesday, September 8, 2009

trial ku sudah tamat .

alhamdulillah . .

setelah bergelut hampir bermati-matian berjuang di medan peperiksaan, akhirnya , ujian mahupun dugaan ni habis jua. eh ? trial pon dugaan ke ? hee mestilah .

sekolah ku -
smk seafield , yg boleh dikatakan semangat dek mengoperasikan trial pada waktu yg sgt cepat ( lg cepat dr skola lain ) dr 6 ogos - 21 ogos 2009.

cepat kan ?

haha. sgt cepat.
as of samttaj, diorang tgah trial dan kebanyakkan skola2 lain pon tengah trial, hanya smk seafield yg terletak kat usj 2 subang jaya ni jelah yg dah habis awal awal. haih. apa nk buat. ada hikmah nya. hmm.


tu je kot sampai sini.
skrg ni tgh struggle utk gerak gempur lak.
masyallah. doakan!



sekian ,
salam.

Tuesday, July 21, 2009

Aku Kau dan Trial

" Aduh. Dua minggu je lagi ! " Luruh hati seorang insan kerdil yang mendambakan straight A's dalam trial yang bakal ditempuhinya. huhu. Macam mana ni Hariz! Dua minggu pastu dah trial, camne nk score ni ? sillibus tak kuasai lagi! Haih. Keluh hati penuh kerisauan.


Trial yang bakal ditempuhi ( 3 Ogos ) begitu menduga diri lagi mencabar akal dan hati menjadi tunjang kepada segala masalah yang membendung diri. " Apalah kau ni Hariz, lepak jela, ni tak henti henti blajar, trial je kot " bebelan seorang rakan yg mungkin 'bimbang' akan diri ini. huhu.


Diri ini akui, ketakutan dan keresahan menghadapi trial ada kalanya menjangkaui ketakutan menghadapi hari yang pasti ( hari Kiamat ). Nauzubillah! Apa nk jadi ni ? haih. Subhanallah. So camne eh nak hadapi situasi camni ? Situasi apabila diri student merasa agak tertekan dalam menghadapi perjalanan menguasai pelajaran. Sini ana senaraikan beberapa cara agar trial yang bakal dihadapi dapat dilalui dengan ketenangan yang menggunung tinggi. Cey :)




(1). Menurut pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah, belajar atau menuntutlah ilmu kerana ilmu itu sendiri bukanlah sekadar untuk berjaya dalam peperiksaan atau untuk mendapat kerjaya yang bagus. So, belajarlah demi kepentingan ilmu !
(2). Sentiasa ingat, yang bahawasanya ilmu yang kita ada semua milik Allah. Semuanya hanya setitik dari selautan ilmu yang dimiliki Allah. Tak banyak kan ilmu kita ? jadi , be humble dan gunalah ilmu dengan sebaiknya.
(3). Preparekan diri seawal mungkin so nanti bila exam, takdelah kelam kabut. Ada pape soalan teruslah tanya muallim2 / guru2 anda. Ingat !


Paling penting, setelah berusaha sedaya upaya. Serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa, bertawakallah kepadaNya dan jangan henti doa. Insyallah berjaya :)









Sekian buat masa ini,

wan mohd hariz ,
11.45 pm
19 julai 2009.

Sunday, March 8, 2009

sekian lama . huhu




setelah SEKIAN LAMA .


"
Salam akh,ape cite blog anta?lama ana tak usha.ade info baru ke.hehe"..perli-an seorang membe yg mengetahui bahawasanya da lama diri ni tak meng-edit blog.haha..


bukan apa. maklumlah . 17 tahun . spm lagi 7 atau 8 bulan je lagi ( x conferm ^^' ) .

so masa nk melayan internet pon semakin berkuranglah kan? apakan lagi blog ni yg dah lama tak berusik.

jadi bagi member2 kat lua uh yg asek dok nanye psl blog ni. insyallah ia akan dikemaskkini atau di-edit atau di rombak atau di_________ . haa . haha.. insyallah maybe dlm weekends ana akn bukak la blog ana ni tok customize and so on. dan paling penting utk share ngn antum2 kat luar sana dlm ilmu yg ana sedia tahu atau baru tahu.




sampai sini je kot wat masa ni.ni pon curi2 masa stadi sket.(poyo2) haha . k salam . doakan ana berjaya dlm sijil pelajaran malaysia 11A1 k ? hehe salam !


Tuesday, October 28, 2008

pohon semalu dan wanita ?


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil 4 pengajaran dari pohon semalu ini ;


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu *mempunyai perasaan malu *(pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu *tahu mempertahankan diri dan maruah *sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah *mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin*.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, *kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
*

Wednesday, October 15, 2008

CARA AURAT WANITA DIDEDAHKAN ?

Assalamualaikum..

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah.


*rakan myspace ; khairun